Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut dalam serangan masjid

    KANO, NIGERIA, 10 DIS – Lelaki bersenjata telah menyerang sebuah masjid di tengah negeri Nigeria Niger, membunuh sembilan orang, kata polis hari ini sementara penduduk memberikan angka kematian yang lebih tinggi seramai 16.

    Punca serangan masih belum diketahui, namun geng penjenayah dikenali penduduk setempat sebagai penyamun telah menyerang komuniti di barat laut dan tengah Nigeria bertahun-tahun lamanya.

    Lelaki bersenjata menunggang motosikal menyerbu kampung terpencil Ba’are di daerah Mashegu pada Rabu, melepaskan tembakan pada sebuah masjid ketika jemaah sedang mengerjakan solat, kata ketua polis tempatan Bala Kuryas.

    “Penyerang membunuh sembilan jemaah di dalam masjid dan meninggalkan puluhan lagi cedera,” kata Kuryas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda