Thursday, September 29, 2022
31.9 C
Brunei

9 maut depoh kontena runtuh

-

SAO PAULO, 21 SEPT – Kira-kira sembilan orang terbunuh dan seramai 28 yang lain cedera pada Selasa apabila sebahagian daripada depoh kontena runtuh di Sao Polo, Brazil.

Menurut Bomba, kejadian berlaku di bandar Itapecerica da Serra, di depot milik Multiteiner, sebuah syarikat yang menjual dan memajak kontena kepada perniagaan yang mengeksport barangan.

Kira-kira 64 pekerja berkumpul di depoh itu apabila platform runtuh, menurut jurucakap bomba Luciana Soares, sambil menambah bahawa pekerja penyelamat sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku ketika dua calon untuk kerusi timbalan, Jones Donizette dan Ely Santos, melawat kemudahan itu dalam satu kempen menjelang pilihan raya 2 Oktober.

“Ketika mereka mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja, sebahagian daripada struktur konkrit pecah dan mereka terperangkap dalam runtuhan itu,” kata pasukan media calon-calon itu di media sosial. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -