Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    9 maut feri karam di Indonesia

    JAKARTA, 21 JULAI – Sekurang-kurangnya sembilan mayat telah ditemui selepas sebuah feri karam di pesisir laut pulau Indonesia akibat cuaca buruk, menurut pegawai mencari dan menyelamat hari ini.

    Feri KM Cahaya Arafah karam di perairan pulau Ternate, Indonesia pada malam Isnin, mengerahkan operasi mencari dan menyelamat bagi 13 yang hilang.

    Para penyelamat menemui empat mayat kelmarin dan lima lagi mayat hari ini dalam pencarian itu, menurut agensi mencari dan menyelamat Ternate dalam satu kenyataan.

    Empat yang lain masih hilang.

    Feri membawa 77 orang penumpang dan kru itu dalam perjalanan ke pulau berhampiran Halmahera apabila ia karam, namun 54 orang telah berjaya menyelamatkan diri. – AFP

    Gambar serahan oleh pasukan mencari dan menyelamat Indonesia (BASARNAS) memperlihatkan mayat-mayat mangsa yang ditemui daripada tragedi feri karam di pulau Ternate. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...