QUETTA, 5 JULAI — Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh ketika hujan lebat melanda barat daya Pakistan dan mencetuskan banjir di beberapa kawasan, menurut agensi pengurusan bencana wilayah hari ini.
Tujuh orang mati apabila bumbung kediaman mereka runtuh dalam hujan lebat semalaman di Quetta, ibu kota wilayah barat daya Baluchistan, menurut agensi itu. Dua lagi mayat dihanyutkan oleh banjir ditemui berhampiran sebuah empangan. Terdapat kebimbangan angka kematian mungkin lebih tinggi memandangkan beberapa orang lagi masih hilang. Penyelamat menggunakan bot untuk mencari mereka yang hilang.
Pihak berkuasa berkata hujan lebat berterusan mula Isnin sehingga hari ini telah merosakkan berpuluh-puluh rumah di Baluchistan.
Sejak Jun, hujan lebat telah membawa kepada 38 kematian dan kerosakan ke atas lebih 200 kediaman di seluruh Pakistan. – AP