9 maut letupan silinder gas di Punjab

ISLAMABAD, 9 OGOS – Sembilan orang terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila silinder gas van penumpang meletup di daerah Gujranwala, timur Punjab, Pakistan pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut laporan media tempatan, van itu turut terbakar dan lima mangsa maut di tempat kejadian.

Empat yang lain meninggal dunia di hospital dan tiga lagi dalam keadaan kritikal. Kenderaan di Punjab dibenarkan menggunakan silinder gas, tetapi kenderaan yang agak lama dan tidak diselenggarakan mengundang bahaya kepada penumpang. –Bernama

Keadaan van yang ranap akibat letupan silinder gas di Punjab. –Xinhua