9 maut pesawat ringan terhempas

WASHINGTON, 1 DIS – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, termasuk dua kanak-kanak dan tiga lagi cedera apabila sebuah pesawat terhempas di Dakota Selatan, ketika amaran ribut salji dikeluarkan, lapor media tempatan. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata pesawat jenis Pilatus PC-12 yang membawa 12 penumpang, terhempas sejurus selepas berlepas kira-kira 1.6 kilometer dari Lapangan Terbang Chamberlain dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Serantau Idaho Falls sebelum tengah hari waktu tempatan.

Menurut laporan NBC News yang memetik kenyataan pejabat peguam daerah Brule, Theresa Maule Roscow berkata, juruterbang pesawat malang itu adalah antara yang terbunuh. – AFP