Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

9 maut rempuhan konsert kemerdekaan

-

BANDAR GUATEMALA, 15 SEPT – Sekurang-kurangnya sembilan orang telah disahkan maut manakala 20 yang lain cedera awal hari ini dalam rempuhan selepas konsert hari kemerdekaan di barat Guatemala, kata pekerja penyelamat.

“Pasukan kecemasan Guatemala dan anggota bomba sukarela mendapati lebih 20 orang yang cedera dan sembilan orang maut di tempat kejadian akibat rempuhan di bandar Quetzaltenango,” kata agensi bantuan melalui ciapan Twitter.

Akhbar tempatan melaporkan mangsa remuk ketika beribu-ribu orang cuba meninggalkan laluan jalan terbuka pada akhir konsert semasa perayaan tradisional “Xelafer”.

Ia ialah kali pertama dalam tiga tahun Guatemala meraikan kemerdekaannya daripada Sepanyol selepas perayaan dua tahun sebelumnya dibatalkan akibat pandemik koronavirus.

Guatemala memperoleh kemerdekaan daripada bekas kuasa kolonial Sepanyol pada 15 September 1821. – AFP

Anggota Kementerian Awam berdiri berhampiran mayat selepas kejadian rempuhan selepas konsert hari kemerdekaan barat Bandaraya Guatemala, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -