9 maut selepas minum pensanitasi tangan

NEW DELHI, 31 JULAI – Sembilan orang mati di India selepas minum pensanitasi tangan berasaskan alkohol selepas kedai arak di bandar mereka ditutup akibat  sekatan koronavirus, menurut polis hari ini.

Kumpulan itu pengsan selepas meminum pensanitasi tangan dicampurkan air atau soda dalam kuantiti banyak, kata superintenden polis, Siddharth Kaushal di bandar Kurichedu di negeri AndhraPradesh memberitahu AFP.

Mereka dikejarkan ke hospital, namun disahkan mati sejurus tiba, tambahnya.

Kumpulan itu beralih kepada pensanitasi tangan sebagai ‘pengganti’ alkohol selepas bekalan terputus apabila pihak berkuasa mengarahkan satu perintah berkurung di bandar itu untuk memerangi koronavirus, katanya.

Kematian mereka kini sedang disiasat, tambahnya. – AFP