Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut tangki gas meletup

    CALABAR, Nigeria, 17 Julai – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 10 parah apabila sebuah tangki gas meletup di kompleks bahan api di kawasan tenggara, dekat sini.

    Pegawai polis Cross River State, Hafiz Inuwa, berkata tiada maklumat awal diperoleh mengenai letupan kompleks milik syarikat Linc Oil and Gas Nigeria.

    Ketua polis yang berada di tempat kejadian berkata, pengurus kompleks terbabit belum memberi penjelasan berhubung punca letupan.

    “Setakat ini sembilan disahkan mati dan ramai lagi melecur serta dirawat di hospital tempatan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda