Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    9 paket daging perap dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Sebanyak enam paket daging kambing perap, satu paket ayam perap dan dua paket daging lembu perap tanpa Permit Import Halal telah dirampas semasa operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Operasi menyasarkan salah sebuah rumah di kawasan Kampung Mata-Mata, Gadong, pada pukul 10 pagi, 3 Januari lalu.

    Menurut KHEU, kes berkenaan diserahkan kepada pihak JKED untuk siasatan dan tindakan undang-undang mengenainya.

    Sehubungan itu, KHEU mengingatkan orang ramai bahawa membawa masuk daging mentah halal ke negara ini hendaklah mempunyai Permit Import Halal daripada Majlis Ugama Islam di samping memenuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi lain berkaitan pengimportan daging halal.

    Perkara berkenaan adalah mustahak dan perlu dipatuhi agar daging yang dibawa masuk dan dijual di negara ini khususnya kepada orang Islam adalah terjamin kehalalannya. KHEU mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung perkara tersebut dan orang ramai yang ingin membuat pengaduan serta perkongsian maklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan daging halal bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui BKMH dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    BKMH bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan rondaan dan operasi bagi memastikan undang-undang dan peraturan di negara ini sentiasa dipatuhi.

    Paket daging perap yang telah dirampas semasa operasi sepadu di Kg Mata-mata baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...