Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    9 pelajar SMSAB diraikan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Sembilan orang lagi pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) yang mengikuti Program Pearson Business and Technology Educational Council (BTEC) Peringkat 2 dalam bidang Hospitaliti telah menamatkan penempatan latihan kerja selama dua bulan di Makan Ceria Sdn Bhd.

    Para pelajar berkenaan telah diraikan pada majlis tamat penempatan latihan kerja di McDonald’s Lambak Drive-Thru, pagi tadi.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengetua SMSAB, Sia Ai Chin bersama Perunding Operasi Makan Ceria serta guru-guru sekolah tersebut. Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah dua orang pegawai pelajaran kanan dari Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Para pelajar yang diraikan terdiri daripada enam orang pelajar yang telah ditugaskan di cawangan McDonald’s Lambak Drive Thru, dua orang di cawangan McDonald’s Airport Mall dan seorang pelajar di cawangan McDonald’s Gadong.

    Pada majlis itu, Pengurus Am McDonald’s Lambak Drive-Thru dan McDonald’s Gadong, Awangku Ibrahim bin Pengiran Mohamad Zinal menyampaikan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang bertugas di cawangan-cawangan berkenaan.

    Sementara itu, Pemangku Pengurus Am McDonald’s Airport Mall, Awang Muhammad Zulfadhli bin Kepli menyampaikan sijil penyertaan kepada pelajar yang bertugas di cawangan tersebut.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Pemangku Perunding Operasi Makan Ceria Sdn Bhd, Dayang Hartini binti Haji Hussin; dan para pengurus dari McDonald’s Lambak Drive-Thru, McDonald’s Airport Mall dan McDonald’s Gadong yang disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Kanan, Jabatan Sekolah-sekolah, Dr Andree Asmara bin Haji Abidin dan Sia Ai Chin.

    Sia Ai Chin bergambar ramai bersama peserta pada majlis berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Sekolah-sekolah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...