9 pelombong disahkan maut, 1 masih hilang

BEIJING, 25 JAN – Pekerja penyelamat China telah menemui sembilan lagi mayat pelombong selepas letupan dua minggu lalu, kata para pegawai tempatan hari ini, meningkatkan jumlah kematian kepada 10 orang.

Ia muncul sehari selepas 11 pelombong dibawa keluar hidup-hidup dari lombong di timur wilayah Shandong tempat letupan berlaku. Seorang pelombong masih lagi belum ditemui.

Sekumpulan 22 orang terperangkap ratusan meter bawah tanah akibat letupan pada 10 Januari lalu, dengan sebahagiannya bergantung pada makanan dan perubatan yang dihantar menerusi syaf panjang yang digerudi oleh pasukan penyelamat. – AFP

Penyelamat memasukkan pelombong yang terperangkap dalam lombong ke dalam ambulans di Bandar Qixia, Shandong, China pada 24 Januari. – AP