Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 penyeludup dadah maut ditembak tentera Thailand

    BANGKOK, 14 Mei – Kejadian berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan sekumpulan penyeludup dadah di Segi Tiga Emas menyebabkan sembilan daripada mereka terbunuh, kata pegawai kanan hari ini, pertempuran akibat perdagangan narkotik yang semakin berkembang.

    Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osotthanakorn, berkata pertempuran berlaku petang semalam, dua kilometer dalam wilayah Thailand bersempadan dengan Myanmar.

    “Pihak berkuasa mengarahkan mereka menyerah diri tetapi mereka enggan dan mula menembak. “Kedua-dua pihak berbalas tembakan kira-kira 10 minit menyebabkan sembilan penyeludup maut manakala yang lain melarikan diri,” katanya dan menambah kumpulan itu pada awalnya mengandungi 15 anggota.

    Beliau tidak mendedahkan kerakyatan penyeludup yang ditembak mati itu. Kira-kira 700,000 tablet syabu ditemui, selain raifal separuh automatik.

    Segi Tiga Emas, wilayah bersempadankan Thailand, Myanmar, Laos dan selatan China, adalah rantau pengeluar dadah kedua terbesar dunia selepas Amerika Latin.

    Kuantiti besar candu, heroin dan syabu dihasilkan dalam makmal di hutan terpencil setiap tahun bagi pasaran Asia dan dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda