Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 pesakit disahkan positif COVID meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sembilan kes yang telah disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 72 jam yang lalu.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, dua kes yang dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19 belum pernah menerima vaksin COVID-19.

    “Sementara itu, tujuh kes lagi tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19,” jelas Yang Berhormat Dato lagi semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Allahyarham dan mendiang.

    “Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dalam menghadapi pemergiannya dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah,” ujar beliau.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mengaminkan doa bagi pesakit yang meninggal dunia dalam masa 72 jam lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda