Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 peserta memperdengarkan bacaan Al-Quran

    Oleh Ampuan Irma Susanti

     

    TEMBURONG, 12 Sept – Seramai sembilan orang peserta qari dan qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing bagi memilih wakil Peraduan Membaca Al-Quran Peringkat Dewasa bagi Masjid-masjid Seluruh Negara 2018, Peringkat Daerah Temburong yang diadakan di Masjid Kampung Puni, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta ialah Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merusin.

    Muncul juara peraduan itu ialah Awang Mohammad Noramin bin Haji Ali dengan mendapat markah 84.25 peratus, di tempat kedua Awang Muhd Zulhilmi bin Zulaiha dengan mendapat markah 84 peratus dan Awang Muhammad Hakim bin Mohd Amin di tempat ketiga dengan markah 80.25 peratus.

    Haji Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta.

    Peserta-peserta yang mencapai markah 75 peratus akan bertanding pada peringkat suku akhir yang akan dimaklumkan kemudian.

    Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Hal Ehwal Masjid KHEU, pegawai-pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, ahli-ahli jawatankuasa takmir dan jemaah masjid berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda