Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    9 remaja pusat juvana ditangkap semula

    WASHINGTON, 18 SEPT – Sembilan remaja yang melarikan diri dari pusat tahanan juvana di Pennsylvania telah ditangkap semula, kata polis Amerika Syarika (AS) semalam, dengan empat daripada mereka mengetuk pintu orang yang tidak dikenali selepas melarikan diri selama satu malam.

    Insiden itu adalah yang terbaharu melibatkan kemudahan tahanan di negeri timur, di mana pemburuan besar-besaran minggu lalu telah berjaya menangkap pembunuh, Danilo Cavalcante yang menghabiskan 13 hari bersembunyi daripada pihak berkuasa selepas dia melarikan diri.

    “Kesemua sembilan tahanan yang melarikan diri malam tadi telah ditangkap dalam tempoh dua jam yang lalu, kebanyakannya daripada mereka berada dalam beberapa kilometer dari Akademi Abraxas, kemudahan juvana di Morgantown, barat laut Philadelphia,” kata askar negeri Pennsylvania, David Beohm.

    Polis negeri dan pegawai penguatkuasa undang-undang lain telah mencari kumpulan yang melarikan diri pada kira-kira jam 8 malam kelmarin.

    Empat daripada remaja itu, selepas berkeliaran di dalam hutan tebal untuk mengelak dikepung polis, akhirnya menyerah diri dengan mengetuk pintu depan orang yang tidak dikenali. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...