9 saksi sedia beri keterangan kes Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa semula atas tiga pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta di Mahkamah Sesyen, kelmarin. – Bernama

 

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pada Selasa, seperti yang ditetapkan sebelum ini, Mahkamah Tinggi di sini dijangka memulakan pendengaran kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia pertama yang berhadapan dengan berpuluh-puluh tuduhan berhubung dengan pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah (CBT) dan rasuah.

Tuduhan di mahkamah terhadap Najib, 66, Perdana Menteri keenam dari April 2009 hingga Mei 2018, menarik perhatian seluruh dunia setelah kesnya digambarkan sebagai ‘skandal kleptokrasi paling buruk’ dan tuduhan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mendapat perhatian hangat daripada masyarakat umum dan antarabangsa, menyebabkan pelbagai spekulasi dan ada yang terpaku oleh kes itu.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)