HONG KONG, 9 FEB – Sembilan sekeluarga dari Hong Kong dikhuatiri dijangkiti koronavirus selepas berkongsi hidangan ‘hotpot’, kata para pegawai hari ini.
Dua anggota keluarga – seorang lelaki berusia 24 tahun dan nenekanya, yang berusia 90an – disahkan dijangkiti virus, sementara tujuh lagi disahkan positif penyakit itu, kata pihak berkuasa.
Dua lagi saudara mereka menunggu keputusan. Para pegawai berkata keluarga itu adalah sebahagian daripada 19 orang yang mengadakan perhimpunan berkongsi hidangan ‘hotpot’ semasa cuti Tahun Baharu Cina yang berakhir Januari. – AFP




























