Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 terkorban dalam serangan udara di Yaman

    SANAA, 25 Ogos – Kanak-kanak adalah dalam kalangan sekurang-kurangnya sembilan orang yang terbunuh dalam satu serangan udara hari ini di kawasan kejiranan di Sanaa, Yaman, menurut para saksi dan pegawai perubatan.

    Menurut mereka, serangan itu memusnahkan dua buah bangunan di daerah selatan Faj Attan, mengakibatkan orang awam tertimbus di bawah runtuhan.

    Pegawai-pegawai perubatan dan satu sumber keselamatan pemberontak mengesahkan sekurang-kurangnya sembilan orang telah terbunuh dalam serangan itu. Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian berkata kedua-dua bangunan itu, keduanya bangunan tiga tingkat, musnah sepenuhnya.

    Mohammed Ahmad yang tinggal di salah sebuah bangunan itu berkata dia adalah dalam kalangan yang membawa sembilan mayat itu ke sebuah hospital.

    Keadaan bangunan berkenaan setelah terkena serangan udara. – AFP

    “Kami mengeluarkan mayat-mayat itu satu persatu dari bawah runtuhan,” ujarnya. “Beberapa daripadanya adalah kanak-kanak dari sebuah keluarga.”

    “Apabila roket itu mengenai sasaran, salah sebuah bangunan itu segera musnah yang menyebabkan bangunan sebelahnya juga runtuh. Beberapa penghuni berjaya keluar, namun ada beberapa lagi terperangkap.”

    Beberapa daripadanya meninggal dunia dan yang lain cedera, dia memberitahu AFP. Saluran televisyen Al-Massira yang dikendalikan oleh pemberontak Huthi yang mengawal ibu negeri itu berkata serangan udara itu telah membunuh 14 orang awam termasuk enam kanak-kanak, menyalahkan pakatan pimpinan Arab Saudi atas serangan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda