Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 universiti Australia sertai pameran pendidikan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Para pelajar, ibu bapa dan kaunselor pendidikan di negara ini mendapat pendedahan yang lebih terperinci mengenai pendidikan di Australia apabila Pameran Pendidikan Australia diadakan di ibu negara, hari ini.

    Pameran anjuran Suruhanjaya Tinggi Australia dengan kerjasama Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan negara itu dihadiri oleh mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di negara itu.

    Pesuruhjaya Tinggi Australia, Nicola Rosenblum dalam ucapannya semasa merasmikan pameran pagi tadi berkata, “Australia ialah sebuah negara berkuasa pendidikan dengan beberapa kemudahan dan pendidik yang terbaik di dunia.

    “Pelajar dari seluruh dunia datang ke Australia untuk mendapatkan pendidikan kelas dunia itu dan saya gembira melihat komitmen universiti-universiti Australia di sini, bersedia untuk berbincang mengenai apa yang mereka dapat tawarkan kepada para pelajar Brunei.

    “Institusi Australia adalah pada peringkat tertinggi dari segi disiplin di dunia terutama dalam bidang kejuruteraan, teknologi, perubatan, sains persekitaran, akaun dan kewangan. Saya ingin melihat lebih ramai pelajar menyertai alumni lebih 10,000 warga Brunei yang telah belajar di sana.”

    Nicola Rosenblum ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Pameran Pendidikan Australia, kelmarin.
    Nicola Rosenblum ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Pameran Pendidikan Australia, kelmarin.

    Para pelajar bertanyakan maklumat ketika menghadiri Pameran Pendidikan Australia.
    Para pelajar bertanyakan maklumat ketika menghadiri Pameran Pendidikan Australia.

    Acara pagi tadi dimulakan dengan taklimat disampaikan oleh setiap wakil mengenai universiti masing-masing dan kursus-kursus yang ditawarkan kepada para pelajar. Pada sebelah petang, para pelajar berpeluang untuk berbincang bersama perwakilan universiti mengenai pandangan pembelajaran mereka.

    Wakil-wakil dari University of New South Wales, James Cook University, Swinburne University of Technology, University of Western Australia, University of Adelaide, Deakin University, Monash University, Curtin University dan Griffith University menerangkan mengenai kursus, kampus dan pendaftaran ke universiti masing-masing.

    Kepada yang tidak sempat mengunjungi pameran tersebut, beberapa universiti Australia juga akan menyertai pameran Pendidikan Tinggi Australia pada 11 dan 12 Februari di Dewan Bridex. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat mengenai kursus, yuran dan pendaftaran di laman sesawang www.studyinaustralia.gov.au.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda