90.7 peratus penduduk Sarawak sudah divaksin

KUCHING, 19 OKT – Sejumlah 90.7 peratus populasi dewasa di Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas sudah menerima satu dos vaksin COVID-19 setakat ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan bagi seluruh populasi Sarawak pula, sejumlah 70.1 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin berkenaan.

“Bagi golongan remaja, sejumlah 231,803 individu berumur antara 12 dan 17 tahun atau 79.1 peratus telah disuntik dos pertama dan seramai 121,030 remaja berusia antara 12 dan 17 tahun atau 41.3 peratus sudah disuntik dos kedua.

“Sarawak sasar semua remaja berumur antara 12 dan 17 tahun akan lengkap divaksinasi sebelum 31 Okt,” menurut kenyataan itu.- Bernama