Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    90% golongan 60 tahun ke atas sudah terima vaksin

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Setakat ini, sebanyak 90 peratus golongan peringkat umur 60 tahun ke atas di negara ini telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

    Hanya tinggal lebih kurang 4,000 orang warga emas yang belum menjalani vaksinasi mereka.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berharap agar urusan program vaksinasi seterusnya akan dapat dipermudahkan dan dicapai dalam masa sebulan ini.

    Yang Berhormat Dato menyatakan harapannya itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menyentuh mengenai program vaksinasi yang dijalankan di Klinik Kesihatan Labi bermula pada hari ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan berkata, seramai 100 orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dan sekitarnya telah tampil bagi mengambil suntikan vaksin mereka.

    Sehubungan itu, beliau berharap dalam dua hari mendatang ini, semakin bertambah ramai jumlah mereka yang tampil untuk menjalani program vaksinasi di sana.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda