Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

90 orang tampil derma darah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 14 Julai – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57 Tahun, Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Operasi ‘B’ Daerah Belait telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Pusat Membeli Belah KB Sentral, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi ‘B’, Penguasa Kanan Muhd Shahreeni bin Haji Mohd Yussof.

Lebih 90 orang daripada 104 penyertaan layak menderma darah dalam kempen tersebut yang mana para penderma juga terdiri daripada kalangan orang awam, kakitangan kerajaan, guru-guru dan pihak swasta serta pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi .

Kempen yang dikendalikan dengan kerjasama Pusat Penderma Darah Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan KBSentral itu antara lain bertujuan untuk membantu menambahkan tabung darah bagi keperluan sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi B Daerah Belait.
Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi B Daerah Belait.

Kempen derma darah itu juga dianjurkan sebagai bukti tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat bukan hanya setakat memadam kebakaran, bahkan lebih menjurus kepada kerja-kerja menyelamatkan nyawa semasa kecemasan.

Kerja-kerja menyelamat yang dimaksudkan juga tidak terhad semasa beroperasi akan tetapi juga memberikan bantuan di luar kerja-kerja operasi kecemasan seperti keperluan orang ramai untuk mendapatkan pendermaan darah.

Sehubungan itu, dengan adanya kempen seperti itu dapat mencapai keberkesanan yang positif ke arah kesedaran khususnya anggota bomba dan kakitangan kerajaan serta orang awam, masyarakat yang bertanggungjawab serta benar-benar memahami akan keperluan semasa dan juga iklim negara.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -