90 penunjuk perasaan ditahan

MOSCOW, 2 SEPT – Polis London berkata pihaknya menahan 90 orang kerana melanggar peraturan ketenteraman awam semasa mengadakan tunjuk perasaan dikenali Extinction Rebellion (XR).

“Sehingga jam 1800, seramai 90 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar peraturan ketenteraman awam, menghalang jalan raya, menghalang polis dan menyerang pekerja kecemasan,” kata polis di Twitter. – Bernama