SINGAPURA, 24 MAC – Sembilan daripada 10 kes COVID-19 dari luar Singapura dalam tempoh 18 hingga 20 Mac lepas tidak menunjukkan simptom seperti demam semasa mereka melalui pusat pemeriksaan sempadan, menurut laporan The Straits Times.
Oleh sebab itu, semua kes dikesan kemudian, kata laporan media berkenaan yang memetik Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu. Laporan dalam talian itu menyatakan 90 peratus kes dari luar yang dilaporkan di Singapura dalam tiga hari itu berjumpa doktor di hospital atau klinik swasta selepas pulang ke rumah. “Mereka tidak menunjukkan simptom semasa di pusat pemeriksaan,” kata MOH. – Bernama