94 peratus pelajar 16 dan 17 tahun terima vaksin di Labuan

LABUAN, 16 SEPT – Seramai 2,446 pelajar Tingkatan Empat dan Lima di sini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam, menjelang pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail 

Katanya angka itu mewakili 94.33 peratus daripada 2,593 pelajar yang disenaraikan janji temu vaksinasi yang bermula pada 11 September lepas.

“Kesemua pelajar, yang ditemani ibu bapa mereka, teruja mendapat peluang untuk menerima suntikan.

“Kami yakin mereka yang menerima dos pertama akan melengkapkan dos kedua sebelum sekolah dibuka bulan depan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Rithuan berkata fasa dua vaksinasi itu, yang melibatkan 8,225 murid sekolah berumur 12 hingga 15 tahun, akan bermula tiba lama lagi iaitu selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Kesihatan. – Bernama