Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    950 rumah teres bakal dibina

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu, Fasa 7 akan menyaksikan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres di mana projek bermula hari ini dan dijangka siap dalam tempoh masa 24 bulan.

    Sehubungan itu, majlis menandatangani kontrak bagi projek itu, antara Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) dan kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sdn Bhd, telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Hadir untuk menyaksikan penandatanganan kontrak berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh, ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan di Kementerian Pembangunan.

    Menandatangani bagi pihak JKP ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dengan saksi, Pemangku Timbalan Pengarah JKP, Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid manakala itu, Thong & Thong Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Haji Abdul Rahman bin Haji Metasim.

    Majlis juga menyaksikan penandatanganan jaminan reka bentuk antara JKP bersama-sama tiga pihak konsultan projek berkenaan iaitu Gemilang Latif Associates, Perunding Primareka dan Sepakat Setia Perunding (B) Sdn Bhd.

    Menandatangani bagi pihak JKP ialah Dayang Rosniza dengan saksi, Haji Mohd Sufri, manakala itu, Gemilang Latif Associates diwakili Ar Mahri bin Haji Latif, bagi pihak Perunding Perimareka ialah Ir Wee Hong Kee dan Sepakat Setia Perunding (B) diwakili oleh Ir Dr Rohaniyati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

    Projek perumahan di atas tapak berkeluasan 80 hektar itu menelan belanja lebih $96 juta dan termasuk dalam projek Rancangan Kemajuan Negara ke-11.

    Skop projek termasuk reka bentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur serta 950 unit rumah jenis teres.

    Ir Haji Amer Hishamuddin mendengar penerangan mengenai Projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu, Fasa 7.
    Ir Haji Amer Hishamuddin (tengah) semasa menyaksikan majlis penandatanganan kontrak projek perumahan antara Dayang Rozniza (dua kiri) dan Haji Abdul Rahman (dua kanan).
    Ir. Haji Amer Hishamuddin (kiri) menyampaikan dokumen kontrak kepada Haji Abdul Rahman (kanan) di majlis yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.
    Ir Haji Amer Hishamuddin bergambar-ramai selepas Majlis Menandatangani Kontrak bagi Projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu, Fasa 7 yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...