Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    96 pelatih ikuti program di PPB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Seramai 96 pelatih telah dipilih untuk mengikuti 10 program yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Belia (PPB) bagi sesi Januari 2017.

    Majlis pendaftaran pelatih PPB sesi Januari 2017 berlangsung di Dewan Bina Diri pusat berkenaan, hari ini, yang disaksikan oleh Pemangku Penolong Pengarah PPB, Dayang Fakhirah binti Dato Seri Setia Haji Lamit.

    Pada majlis itu, para pelatih baru turut mendengar taklimat mengenai peraturan PPB yang disampaikan oleh Pegawai Kesejahteraan, Haji Anuar bin Haji Ahmad.

    Daripada jumlah pelatih berkenaan, 17 orang mengikuti Kursus Sijil Kecekapan Kemahiran dalam Teknologi Maklumat Asas dalam Sistem Aplikasi Pejabat, sembilan mengikuti Kursus Level 2 Award dalam 2D Computer Aided Design, 13 dalam Kursus Sijil Kecekapan Kemahiran dalam Asas Penyediaan Makanan, 14 mengikuti Kursus Sijil Kecekapan Kemahiran dalam Asas Perkhidmatan Makanan dan Minuman, 17 dalam kursus Sijil Kemahiran dalam Asas Fabrication, Welding & Pipework, tiga yang lain mengikuti Kursus Sijil Kemahiran dalam Basic Plumbing, empat mengikuti Kursus Kemahiran dalam Basic Refrigeration & Air Conditioning.

    Antara pelatih baru PPB bagi sesi Januari 2017.
    Antara pelatih baru PPB bagi sesi Januari 2017.

    Manakala itu, sembilan orang pelatih lagi mengikuti Kursus Asas Kemahiran Baik Pulih Badan Kenderaan, dua mengikuti Kursus Asas Kemahiran teknologi rekaan fesyen dan lapan lagi dalam Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan.

    Pelatih yang berjaya mengikuti program ini akan menjalani tiga komponen penting sepanjang tempoh pengajian setahun iaitu Program Latihan Kemahiran, Program Pembangunan Diri dan Program Penempatan Kerja.

    Program Latihan Kemahiran merupakan 10 kursus yang ditawarkan di pusat berkenaan, manakala itu, Program Pembangunan Diri adalah program yang diajarkan kepada pelatih mengenai perkara berkaitan dengan semi akademik seperti asas komputer, pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Matematik, asas perakaunan dan asas keusahawanaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda