Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    96 pemain sertai kejohanan golf amal

    SHAH ALAM, 7 MAC – Seramai 96 pemain termasuk 24 pemain profesional Malaysia menyertai Kejohanan Golf Amal Pro-Am Tun Ahmad Sarji 2023, anjuran Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) di Saujana Golf and Country Club, di sini hari ini.

    Pengurus Besar PGM, Nik Mustapha Nik Mohammed berkata pertandingan yang menggunakan format kumpulan itu, dibarisi oleh seorang pemain profesional dan tiga pemain amatur untuk berentap merebut kejuaraan musim ini.

    Antara pemain profesional yang mengambil bahagian ialah pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Ervin Chang, Paul San Weng Yau, Aretha Pan Herng dan Galven Kendall Green, bagi memberi tunjuk ajar dan tip kepada pemain amatur di dalam kumpulan masing-masing.

    “Bila ada kejohanan sebegini melibatkan profesional dan amatur, ia amat baik, sebab boleh berkongsi tip jika mereka satu kumpulan dan kebiasaannya kejohanan seperti ini memang dinanti-nantikan peminat sukan golf negara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Beliau memaklumkan kejohanan Piala Tun Ahmad Sarji yang diadakan secara tahunan ialah bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, sebagai pengasas merangkap pengerusi PGM yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021.

    Kutipan sumbangan dikumpulkan menerusi kejohanan itu juga, akan didermakan kepada pihak yang dipilih keluarga Allahyarham, iaitu Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ) yang menerima RM10,000 dan RM10,000 kepada keluarga mendiang bekas pemain golf profesional negara M. Ramayah, yang meninggal dunia semalam.

    Hadiah utama pertandingan dimenangi oleh pasukan yang diperkuatkan oleh Paul San bersama tiga amatur dari Sime Darby Property – Datuk Ir Mohd Sohimin Mohd Alayedin, Steven Tan dan Tang Ai Leen.

    Sementara itu, Kejohanan Piala Tun Ahmad Sarji 2023 akan membuka tirai yang bakal berlangsung esok hingga Sabtu ini (11 Mac), akan disertai kira-kira 92 pemain profesional Malaysia. – Bernama

    Antara pemain profesional yang mengambil bahagian ialah pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi Ervin Chang, Paul San Weng Yau, Aretha Pan Herng dan Galven Kendall Green. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...