Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    97 kanak-kanak terbunuh sejak perang Ukraine-Rusia

    KYIV, 16 MAC – Seramai 97 kanak-kanak di Ukraine terbunuh akibat konflik Rusia-Ukraine, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Pejabat ketua pendakwa raya di Ukraine memaklumkan lebih 100 kanak-kanak turut cedera antara 24 Februari dan 15 Mac, lapor agensi Anadolu.

    “Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh setiap hari akibat serangan bom,” menurut pejabat itu. 

    Konflik Rusia-Ukraine bermula 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa, sehingga membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong keluarnya firma global dari Rusia.

    Sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera di Ukraine.

    Lebih tiga juta pelarian melarikan diri ke negara jiran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...