Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    97 sertai taklimat Pengukuhan Maqasid Syariah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Seramai 97 orang penghulu mukim dan ketua kampung di Daerah Brunei dan Muara telah menghadiri taklimat Pengukuhan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Hadir sama ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin dan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

    Manakala itu, hadir menyampaikan taklimat ialah Penolong Profesor, Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Taklimat berkenaan adalah untuk menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar pengukuhan Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran disebarluaskan ke seluruh lapisan masyarakat di negara ini melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) untuk meneruskan inisiatif pembarigaan berkenaan.

    Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip Maqasid
    Syariah.

    Selain itu juga untuk mengukuhkan pelaksanaan prinsip tersebut dalam sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi, di samping memupuk kesedaran dan penghayatan prinsip tersebut dalam kehidupan beragama, beraja dan bernegara ke arah menjamin kesejahteraan dan keselamatan sosial serta kestabilan negara.

    Pembarigaan berkenaan merupakan kesinambungan pelaksanaan Projek Strategik KHEU yang digariskan dalam Rancangan Strategik KHEU 2020–2024.

    Dr Haji Noralizam menyampaikan taklimat semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bersama antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda