Sunday, August 14, 2022
25.2 C
Brunei

970 kes kemalangan setakat Jun 2022

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Sebanyak 970 kes kemalangan jalan raya dilaporkan setakat Jun 2022 dan 10 daripadanya melibatkan kes kehilangan nyawa.

Selain itu, 14 kes kemalangan melibatkan motosikal, empat kes membabitkan basikal, kes kemalangan jentera berat sebanyak 22 kes dan kes kemalangan melibatkan pejalan kaki enam kes.

Statistik kemalangan jalan raya itu dikongsikan oleh Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) semasa Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya bagi Sektor Kerajaan khusus bagi pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin.

Program tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk memberigakan dan meningkatkan lagi kesedaran serta pemahaman pemandu-pemandu dan pengguna-pengguna jalan raya tentang pentingnya keselamatan di jalan raya.

Pada program itu, sesi taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi beserta Jabatan Pengangkutan Darat yang antara lain menyentuh mengenai peraturan lalu lintas dan denda-denda yang akan dikenakan jika gagal mematuhi peraturan tersebut.

Di samping itu, taklimat juga menasihatkan pemandu-pemandu untuk sentiasa memandu secara berhemah dengan mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan, tidak melanggar arahan lampu isyarat lalu lintas dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu demi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Semasa taklimat itu juga, MKKJR Negara Brunei Darussalam turut menyarankan kepada semua pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan, undang-undang jalan raya yang ditetapkan serta meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika berada di jalan raya.

Salah seorang ahli MKKJR semasa Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya yang diadakan baru-baru ini.
Antara yang menghadiri program tersebut yang diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, baru-baru ini.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -