98.2 peratus kes baharu di Malaysia kategori satu dan dua

KUALA LUMPUR, 24 NOV – Sebanyak 98.2 peratus atau 5,654 daripada keseluruhan 5,755 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini adalah kategori satu dan dua, masing-masing tidak bergejala serta bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 101 kes atau 1.8 peratus pula adalah kategori tiga, empat dan lima iaitu mereka yang mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan. Beliau berkata kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini 2,602,835 selepas 5,654 kes baharu direkodkan, meningkat sedikit berbanding 5,594 kes semalam.

“Sebanyak 506 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 270 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 234. – Bernama