Friday, September 30, 2022
23.4 C
Brunei

99.85 peratus COVID-19 di S’wak kategori satu, dua

-

KUCHING, 26 OGOS – Kira-kira 99.85 peratus atau 2,021 kes daripada 2,024 kes harian baharu COVID-19 yang dicatatkan di Sarawak hari ini adalah dalam kategori satu yang tidak bergejala dan dua yang bergejala ringan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu kes adalah dalam kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan dua kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

JPBN Sarawak memaklumkan terdapat dua kematian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu di Sarawak kini berjumlah 510 orang. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -