Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    99% penduduk hirup udara tercemar

    GENEVA, 4 APRIL – Agensi kesihatan PBB berkata hampir semua orang di dunia ini menghirup udara yang tidak memenuhi standard kualiti udara, menggesa lebih banyak tindakan untuk mengurangkan penggunaan bahan api, yang menjana pencemaran menyebabkan masalah pernafasan dan aliran darah yang membawa kepada jutaan kematian dapat dicegah setiap tahun.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia, enam bulan lalu memperketat garis panduan mengenai kualiti udara, pada hari ini mengeluarkan kemas kini bagi pangkalan data berhubung kualiti udara yang berpandukan maklumat dari beberapa bandar, kota dan kampung di seluruh dunia – kini berjumlah lebih 6,000 perbandaran.

    WHO berkata 99 peratus penduduk global menghirup udara yang melebihi had kualiti udara dan sering mengandungi partikel yang boleh menembusi ke dalam paru-paru, memasuki ke urat dan arteri darah dan menyebabkan penyakit.

    Kualiti udara paling teruk di rantau Asia Tenggara dan Timur Mediterranean WHO, disusuli dengan Afrika, ujarnya.

    “Selepas terselamat daripada pandemik, ia tidak dapat diterima bahawa masih terdapat 7 juta kematian boleh dicegah dan tahun-tahun kesihatan baik yang hilang, boleh dicegah akibat pencemaran udara,” kata Dr Maria Neira, ketua jabatan alam sekitar, perubahan iklim dan kesihatan WHO.

    Kenderaan yang diselubungi asbut di New Delhi, India pada 5 November 2020. – AP

    “Namun banyak pelaburan masih tenggelam dalam persekitaran tercemar daripada udara bersih dan sihat.”

    Pangkalan data itu, yang secara tradisinya mempertimbangkan dua jenis jirim zarah dikenali sebagai PM2.5 dan PM10, buat pertama kali telah memasukkan pengukuran ground bagi nitrogen dioksida. Versi terakhir pangkalan data telah dikeluarkan pada 2018.

    Nitrogen dioksida berasal dari pembakaran minyak dilakukan manusia seperti menerusi trafik automobil dan sering berlaku di kawasan bandar.

    Pendedahan itu boleh membawa penyakit pernafasan seperti asma dan simptom seperti batuk, bunyi berdehit dan kesukaran bernafas dan kemasukan ke bilik kecemasan di hospital, kata WHO. Kepekatan tertinggi ditemui di rantau timur Mediterranean.

    Jirim zarah mempunyai banyak sumber seperti pengangkutan, loji tenaga, pertanian dan pembakaran bahan buangan dan industri – serta sumber asli seperti habuk gurun.

    Negara membangun paling teruk terjejas: India mempunyai paras tinggi PM10, sementara China menunjukkan tahap tertinggi PM2.5, menurut pangkalan data. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...