Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Aadesh Chaudhary pernah dilarang ceburi dunia lakonan

    Aadesh Chaudhary (gambar) merupakan pelakon Digu dalam siri India, Nakusha.

    Aadesh jatuh cinta dengan lakonan sejak di usia remaja lagi. Untuk memenuhi rasa ingin tahunya dalam lakonan, dia menyertai teater sekolah. Setelah lulus sekolah menengah, dia berhasrat untuk ke Mumbai, mencuba nasib menjadi pelakon. Tetapi bapanya menentang keras.

    “Kampung halaman saya bandar kecil, jadi untuk mengembangkan minat dan bakat lakonan sangat terhad. Saya benar-benar ingin pergi ke Mumbai untuk mempelajari lebih lanjut tentang lakonan dan mencari peluang untuk menjadi seorang pelakon, tetapi sudah tentu saya memerlukan wang,” jelasnya.

    “Minta duit ayah, dia tanya, untuk apa? Saya cakap, saya nak berlakon. Ayah saya berkata saya tidak boleh pergi ke Mumbai. Dia kata saya kena pergi kolej, saya kena belajar betul-betul,” kata Aadesh.

    Bapanya membenarkan dia pergi ke kolej untuk mengambil jurusan pengurusan, perniagaan, pemasaran, atau apa-apa selain lakonan.

    Aadesh Chaudhary pernah mencuba nasib menjadi pelakon setelah tamat sekolah menengah tetapi ayahnya melarang. – Agensi

    “Saya kata okay, saya ambil jurusan kejuruteraan. Saya akan menamatkan pengajian saya, tetapi apabila saya mendapat ijazah, berikan saya peluang untuk membuktikan bahawa saya boleh menjadi seorang pelakon.”

    Sebaik sahaja tamat kolej, Aadesh Chaudhary segera terbang ke Mumbai.

    “Ayah membenarkan saya melakukan apa sahaja yang saya suka selama 1 hingga 2 tahun di Mumbai. Selepas itu saya diminta pulang dan menjalankan perniagaan keluarga,” jelas Aadesh.

    Berpuluh uji bakat diikutinya, tidak jarang bertembung dengan kegagalan. Semasa uji bakat, Aadesh mencuba peragaan dan terus menghadiri teater.

    Banoo Main Teri Dulhann adalah siri pertama saya, yang memberikan saya imej macho. Ia tidak mengambil masa lama untuk saya ditawarkan dalam Laagi Tujhse Lagan (Nakusha).

    Ia adalah hit. Akhirnya ayah bangga dan percaya, apa yang saya suka dan percaya tidaklah seteruk yang disangka. Dia cuma cakap, kalau satu hari nanti saya penat berlakon, dia akan terima saya di syarikatnya,” kata pelakon itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...