Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Aaisyah Dhia Rana positif COVID

    Pelakon Rozita Che Wan memaklumkan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana disahkan positif COVID baru-baru ini.

    Kata Rozita atau Che Ta, 49, Aaisyah dijangkiti virus berkenaan pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan pada 1 November lalu.

    Sebagai ibu, Che Ta turut memberitahu dia tidak sanggup melihat anak kesayangannya itu terbaring lemah kerana sedang menanggung kesakitan akibat wabak tersebut.

    “Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana, tetapi kesian sayang mummy kena COVID,” katanya.

    Perkara itu dikongsikan Che Ta menerusi Instagram miliknya. Dalam pada itu, Che Ta berazam untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya secara besar-besaran apabila Aaisyah sudah sembuh nanti.

    “Dah sihat nanti kita sambut all out ya sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau,” ujarnya.

    Pengikut pelakon itu turut mendoakan kesembuhan Aaisyah sekali gus mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

    “Alahai kesian, semoga cepat sembuh baby girl. Happy brithday!

    “Pertama kali kena ya? Kesian Aaisyah. Semoga cepat sembuh.

    “Happy birthday princess. Semoga cepat sembuh. Princess kuat okay. Mummy dia dapat COVID juga ke?,” antara komen warganet. – Agensi

    Che Ta berazam untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya secara besar-besaran apabila Aaisyah sudah sembuh nanti. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...