Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aamir Khan menyesal tidak luangkan masa bersama anak

    Pelakon Aamir Khan mengakui dirinya kini bebas dari minuman keras.

    Menurut pelakon usia 57 tahun ini, dia bukanlah seorang kaki mabuk, namun boleh menghabiskan sebotol minuman keras ketika menikmatinya.

    “Saya tidak lagi mengambil minuman keras sekarang ini.

    “Saya bukanlah seorang kaki minum dan hanya mengambil minum keras sekali-sekala sahaja.

    Aamir Khan mengakui dirinya kini bebas dari minuman keras. – Agensi

    “Bagaimanapun jika minum saya boleh habiskan satu botol. Saya rasa itu sesuatu yang tidak bagus.

    “Apabila dalam keadaan mabuk, kita boleh terlepas cakap tentang apa sahaja dan kemudian menyesalinya.

    “Walaupun tidak pernah terjadi kepada saya, namun menjadi seorang pemabuk adalah tidak baik untuk saya,” katanya seperti yang dipetik dari Bollywood Hungama.

    Sementara itu Aamir turut meluahkan rasa menyesal kerana gagal menjadi bapa terbaik buat anak-anak.

    Kata Aamir dia terlalu sibuk dengan kerjaya sebelum ini sehingga tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga.

    “Kesilapan terbesar saya adalah tidak meluangkan masa sebaiknya bersama anak-anak.

    “Sekarang ini anak saya, Ira, sudah berusia 23 tahun dan ketika dia masih kecil saya terlalu sibuk dengan penggambaran filem.

    “Setiap anak-anak kecil perlukan ibu bapa kerana mereka mempunyai kebimbangan tersendiri, namun saya tidak bersama ketika waktu itu.

    “Saya tahu detik itu tak akan berulang lagi,” ujarnya.

    Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada 1986 dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Ira dan Junaid.

    Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada Disember 2002.

    Aamir kemudian berkahwin pula dengan Kiran Rao pada 2005 dan mempunyai seorang anak bernama Azad.

    Perkahwinan kedua Aamir juga tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2021. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...