Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Aamir Khan pernah pasang niat berhenti berlakon

    Mula meniti populariti sebagai bintang Bollywood sejak berusia 18 tahun, siapa sangka pelakon Aamir Khan pernah terfikir untuk berhenti berlakon.

    Ujar Aamir, 58, dia pernah merasa menyesal mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sepanjang mencipta nama dalam bidang lakonan.

    “Sepanjang berlakon saya banyak mensia-siakan keluarga yang sentiasa ada bersama.

    “Saya lebih fokus untuk menambat hati peminat. Saya sudah buat semua ini selama lebih 30 tahun.

    “Saya seorang yang terlalu pentingkan diri kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

    “Bagaimana jika saya lambat sedar tentang hal ini?

    Sekurang-kurangnya sekarang saya boleh tebus kembali masa bersama keluarga,” katanya seperti yang dipetik Times of India.

    Bintang filem 3 Idiots ini juga memberitahu bahawa keluarga membuatkan dia sedar agar tidak terlalu pentingkan kerjaya dan mencari keseimbangan dalam hidup.

    “Anak-anak dan Kiran (bekas isteri) jelaskan kepada saya bahawa dunia lakonan ini telah menjadi sebahagian daripada hidup. – Agensi

    Mula meniti populariti sebagai bintang Bollywood sejak berusia 18 tahun, siapa sangka pelakon Aamir Khan pernah terfikir untuk berhenti berlakon. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -