Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Aaron kembali jalani latihan

    KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Perkhabaran positif buat kem badminton Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila pemain badminton beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dilihat kembali menjalani latihan seperti sedia kala.

    Aaron, sebelum ini dijangkiti COVID, mula menjalani latihan bersama pasangannya, Soh Wooi Yik, sekali gus menyuntik semangat kem badminton Malaysia dalam usaha mencapai sasaran dua pingat emas ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di temasya berprestij itu.

    Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, perkembangan terkini itu memberikan kelegaan buatnya dalam merangka persiapan terakhir buat gandingan Aaron-Wooi Yik sebelum berlepas ke Birmingham.

    “Keadaan Aaron tidak ada apa-apa masalah. Dia sudah menjalani latihan sejak tiga hari lalu.

    “Di atas gelanggang saya lihat dia cukup konsisten. Memang ada sedikit gangguan dari segi pergerakannya namun saya lihat pagi tadi keadaan itu kembali normal,” katanya kepada pemberita semasa sesi latihan skuad Malaysia di Akademi Badminton Malaysia (ABM) kelmarin. – Bernama

    Rexy Mainaky ditemuramah pemberita selepas sesi latihan Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...