Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Aaron Kwok dedah pernah jadi tukang pembersih

    Pelakon terkenal Hong Kong, Aaron Kwok mendedahkan dia membesar dalam keluarga susah dan terpaksa bekerja ketika masih di zaman persekolahan.

    Menurut laporan Tabloid, Aaron memberitahu dia bekerja dalam bidang pembersihan bagi mendapatkan duit saku sendiri tanpa menyusahkan orang tua.

    “Saya hidup dalam keluarga besar. Saya paling muda dan memiliki dua abang dan dua kakak. Orang tua saya membesarkan kami dalam kehidupan sangat sukar, jadi saya ambil keputusan keluar bekerja ketika musim panas untuk mendapat wang.

    “Memandangkan saya tak ada pengalaman kerja, jadi apa yang saya boleh lakukan hanyalah kerja yang menggunakan tenaga.

    “Ada seorang rakan sekelas saya yang bapanya memiliki perusahaan pembersihan, jadi apabila cuti musim panas, ada kerja kosong jadi dia meminta bantuan saya dan rakan-rakan sekelas lain,” katanya.

    Gara-gara pengalaman kerja sebagai tukang pembersihan itu, Aaron berkata ia membantunya membawakan watak Bowen dalam filem I’m Livin It.

    Bowen merupakan seorang usahawan yang mengalami kesukaran dalam perniagaan sehingga terpaksa menjadi tukang sapu demi meneruskan kelangsungan hidup. – Agensi

    Aaron memberitahu dia pernah bekerja dalam bidang pembersihan bagi mendapatkan duit saku sendiri tanpa menyusahkan orang tua. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...