Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Aaron-Wooi Yik balas dendam singkirkan Wei Keng-Chang

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Jaguh beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membalas dendam ke atas Liang Wei Keng-Wang Chang dengan menyingkirkan pasangan beregu China itu daripada Kejohanan Indonesia Masters, hari ini.

    Selepas kecewa dengan kegagalan di final Terbuka India, Aaron-Wooi Yik yang kini merupakan beregu nombor dua dunia menumpaskan pasangan nombor tujuh dunia itu 22-20, 21-13 selepas perlawanan selama 37 minit di pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.

    Ini merupakan kemenangan sulung Aaron-Wooi Yik ke atas Wei Keng-Chang yang sebelum ini mereka tewas dalam tiga pertemuan dan kekalahan terakhir mereka di final Terbuka India.

    Juara Dunia 2022 itu akan bertemu satu lagi beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam suku akhir esok.

    Sementara itu, juara beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah juga mara ke suku akhir selepas menewaskan rakan beregu senegara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-13, 21-16 dalam masa 33 minit.

    Beregu nombor enam dunia itu akan dicabar gandingan Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan dari China yang menewaskan wakil Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 22-20, 22-24, 21-12.
    Beregu campuran professional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Mathias Thyrri-Amalie Magelund dari Denmark 21-19, 21-16 dalam masa 39 minit.

    Satu lagi beregu lelaki Malaysia, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong ditunjukkan jalan keluar awal oleh beregu Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi selepas 17-21, 17-21 kepada mereka.

    Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong terlepas peluang ke suku akhir selepas ditundukkan Lakshya Sen dari India 21-19, 8-21,17-21. – Bernama

    Aksi Aaron Chia (kanan)dan Soh Wooi Yik semasa Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023, 11 Januari lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...