Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Aaron-Wooi Yik cabar rakan senegara di Terbuka India

NEW DELHI, 20 JAN – Beregu utama lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa melalui saingan sengit menentang beregu Taiwan sebelum berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka India 2023.

Penyandang juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 15-21, sbelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 21-19, 21-19, dalam pertarungan selama 55 minit di Dewan Tertutup KD Hadhav.

β€œIni merupakan kemenangan yang sukar dan memang ia tidak semudah seperti dijangkakan,” kata Aaron kepada Bernama selepas perlawanan pusingan kedua tersebut.

Hari ini, Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, pada saingan suku akhir selepas Yew Sin-Ee Yi berhempas pulas selama 57 minit untuk menyingkirkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-16, 13-21, 21-19.

Ei Yi berkata perlawanan tersebut adalah sengit selepas beliau tidak berapa sihat sejak semalam akibat cuaca sejuk di sini.

Aksi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semasa pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023, 12 Januari 2023. – Bernama

Sementara itu, beregu wanita Malay-sia, Pearly Tan-M.Thinaah, yang tersingkir awal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023, munggu lalu, turut melangkah ke suku akhir.

Beregu wanita Malaysia, yang berada pada ranking kelapan dunia, turut berentap dalam rubber-set untuk mengatasi wakil Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun, 21-14, 16-21, 21-16 dalam masa 51 minit.

Pearly-Thinaah akan berdepan dengan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi untuk memburu tiket ke separuh akhir.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bagaimanapun, terkandas di pusingan kedua selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, 21-23, 12-21.

Pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia, gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng, 11-21, 21-14, 18-21, dalam perlawanan selama 64 minit.

Shi Feng, juara Remaja Olimpik 2018, akan berdepan dengan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, di pentas suku akhir hari ini.

Dalam satu lagi saingan pusingan kedua, juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain China, Shi Yu Qi, 21-16, 16-21, 21-9. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -