Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Aaron-Wooi Yik intai ranking terbaik

    KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Isu perpisahan yang melanda beberapa pasangan utama dunia ketika ini, membuka jalan buat gandingan juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memperbaiki ranking beregu lelaki Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata perpisahan sementara beregu lelaki nombor dua dunia dari Taiwan dan ketiga dari Indonesia memberi peluang buat Aaron-Wooi Yik memintas kedudukan untuk bergelar nombor satu dunia.

    “Ini peluang mereka untuk buktikan dan perlu ambil. Saya tahu Aaron-Wooi Yik mahu bergelar beregu nombor satu dunia.

    “Saya harap ia boleh beri mereka motivasi untuk melangkah lebih jauh dan capai impian mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan hari ini.

    Media melaporkan gandingan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin yang juga juara bertahan Sukan Olimpik terpaksa dipisahkan buat sementara waktu selepas Wang masih lagi menjalani proses pemulihan susulan kecederaan kaki dialami sebelum ini.

    Persatuan Badminton Taiwan memutuskan Lee Yang dipasangkan bersama Lu Chen buat sementara bagi menggalas cabaran di Terbuka Denmark di Odense pada 18 Oktober hingga 23 Oktober ini.

    Sementara media Indonesia pula melaporkan hubungan Kevin dan jurulatihnya Herry Iman Pierngadi dingin gara-gara kritikannya terhadap prestasi di Terbuka Indonesia, Jun lepas sehingga pemain itu menjalani latihan berasingan ketika ini.

    Pasangan juara dunia 2022 ketika ini berada di ranking kelima di belakang wakil Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (empat) manakala juara dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun memegang takhta sebagai pasangan nombor satu dunia. – Bernama

    Juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima Insentif daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia, 7 September 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...