Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir

    KUALA LUMPUR, 7 JULAI  – Pasangan beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang untuk melayakkan diri ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2022, di sini esok. 

    Dalam aksi pusingan kedua di Arena Axiata kelmarin, Aaron-Wooi Yik berjaya mengatasi tentangan sengit daripada  Gi Jung-Sa Rang dengan tenang sebelum melangkah keluar dari gelanggang dengan mencatat kemenangan 21-18, 21-18.

    Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut  bagi Aaron-Wooi Yik ke atas lawan mereka selepas pertemuan pertama mereka di Terbuka Indonesia 2022  yang menyaksikan mereka mengatasi beregu Korea Selatan itu  21-18, 11-21, 21-11.

    Beregu nombor enam dunia itu se-terusnya bakal berhadapan pasangan Taiwan,  Chang Ko-Chi-Po Li-Wei untuk menentukan satu slot ke separuh akhir esok.

    Terdahulu, Ko-Chi-Li-Wei menewaskan satu lagi beregu Malaysia, Chang Yee Jun-Yap Roy King, 14-21, 21-11, 21-10.  

    Biarpun beraksi dengan tenang kelmarin, Aaron berkata, mereka perlu mencari jalan untuk mengelak daripada membenarkan lawan daripada terus mengejar mata.

    “Kami harus kekal fokus dan sekarang harus cari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan. 

    Wooi Yik pula bertekad untuk memberikan komitmen 100 peratus dalam perlawanan esok untuk menghidupkan impian merangkul gelaran juara sulung mereka. – Bernama

    Aksi beregu badminton lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik (kanan) dan Aaron Chia (kiri) pada perlawanan badminton Perodua Malaysia Masters 2022di Axiata Arena Bukit Jalil kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...