Friday, February 3, 2023
22.5 C
Brunei

-

Aaron-Wooi Yik naik ranking kedua dunia

KUALA LUMPUR, 24 JAN – Pasangan beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga ke kedudukan kedua dalam ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu itu, Aaron-Wooi Yik kini berada di belakang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto yang kekal sebagai gandingan nombor satu dunia dengan 92,855 mata.

Kejayaan muncul naib juara Terbuka India di New Delhi pada Ahad lepas (22 Jan) membantu Aaron-Wooi Yik untuk meraih kedudukan tertinggi dalam kerjaya mereka.

Manakala pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tergelincir satu anak tangga ke kedudukan sembilan dunia.

Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula terkeluar daripada kelompok 10 terbaik apabila turun satu tangga ke kedudukan 11 dunia susulan prestasi kurang memberangsangkan apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Dalam pada itu, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah melonjak dua anak tangga untuk berada pada kedudukan enam dunia apabila berjaya meraih 69,955 mata daripada 16 kejohanan yang disertai.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia terpaksa akur apabila ranking dunianya jatuh dua anak tangga ke kedudukan empat dunia susulan dua kekalahan berturut-turut di pusingan awal pada kejohanan musim ini dengan 76,588 mata. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -