Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aaron, Wooi Yik sasar gelaran juara Terbuka Malaysia

    KUALA LUMPUR, 22 JUN – Beregu badminton lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyasarkan untuk meraih kejuaraan pertama di kejohanan antarabangsa pada Terbuka Malaysia 2022 yang akan berlangsung di Axiata Arena di Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai ini.

    Pasangan ranking keenam dunia itu yang menamatkan kemarau 16 tahun Malaysia merangkul pingat emas beregu lelaki pada Sukan SEA 2019 di Filipina, kini rancak mengatur strategi terbaik bagi merealisasikan impian itu di hadapan penyokong sendiri.

    “Sebenarnya setiap kejohanan kita rasa ini kalilah (juara) tetapi berkali-kali tak sampai lagi. Kita tetap akan cuba, bukan senang mahu menang tetapi itulah kita kena tempuhi secara berperingkat,” kata Aaron kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, kelmarin. 

    Beraksi di laman sendiri, pemain berusia 25 tahun itu berkata mereka mengharapkan sokongan daripada peminat badminton tanah air untuk dijadikan motivasi bagi menampilkan persembahan cemerlang di kejohanan tersebut.

    Malah, Aaron mengakui berasa teruja untuk membuat penampilan di Terbuka Malaysia selepas dua tahun kejohanan berprestij itu tidak dipertandingkan susulan penularan wabak COVID.

     “Saya harap peminat terus menyokong kami dan berharap kita boleh buat yang terbaik di Terbuka Malaysia supaya tidak menghampakan peminat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...