Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Aaron-Wooi Yik, Soon Huat-Shevon mara pusingan ketiga

-

KUALA LUMPUR, 16 DIS – Dua beregu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran) melepasi halangan pusingan kedua pada Kejohanan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol kelmarin.

Pemenang gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pilihan keempat kejohanan, memerlukan 56 minit untuk menundukkan beregu dari China, Ou Xuan Yi-Zhang Nan 21-18, 20-22, 21-16 di Palacio de los Deportes Carolina Marín.

Pasangan nombor tujuh dunia itu, yang menerima ‘bye’ pada pusingan pertama, akan bertemu satu lagi gandingan dari China, He Ji Ting-Tan Qiang untuk perebutan slot ke suku akhir, hari ini. 

Terdahulu, pilihan ke-16 kejohanan, Ji Ting-Tan Qiang, bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menewaskan Callum Hemming-Steven Stallwood dari England, 16-21, 21-12, 21-12.

Sementara itu, beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, yang turut menerima ‘bye’ pada pusingan pertama, mudah mengetepikan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-8, 21-13.

Soon Huat-Shevon akan menentang beregu Hong Kong, Yeung Ming Nok-Ng Tsz Yau, selepas pasangan itu diberi kemenangan percuma susulan penarikan diri bekas beregu Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying daripada kejohanan. Baru-baru ini, Peng Soon-Liu Ying mengumumkan perpisahan mereka selepas 13 tahun bergandingan di gelanggang. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -