Abaikan mesej undangan vaksin booster

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk tidak menghiraukan sebarang mesej undangan yang meminta mereka untuk mendapatkan vaksin COVID-19 kali ketiga atau booster.

Kementerian itu juga menambah pihak mereka belum ada menawarkan sebarang suntikan tambahan buat masa ini meskipun orang ramai sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19.