Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Abang Bomba jual mi goreng 50 sen sebungkus

    KOTA BHARU – Trak makanan ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ antara yang menarik perhatian pengunjung sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini.

    Trak makanan yang dibawa khas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor ini menjual mi goreng, kuetiau goreng dan bihun goreng pada harga sangat murah iaitu hanya 50 sen sebungkus.

    Penolong Kanan Penguasa JBPM Selangor Shahril Muhammad Hassan berkata ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ diadakan sebagai usaha kerja amal kepada orang ramai dengan menjual makanan pada harga murah.

    “Setakat pagi ini, sudah habis masak dalam 10 kilogram (kg) untuk setiap jenis makanan yang kami sediakan dan akan top-up (tambah) lagi sehingga operasi jualan petang ini.

    “Malah, Fire Kitchen Abang Bomba akan berada di JAKM sehingga 24 Julai ini. Jadi, sekiranya mahu rasa air tangan abang bomba boleh datang ke trak makanan kami,” katanya ketika ditemui Bernama.

    Beliau yang merupakan Ketua Penyelaras Fire Kitchen Abang Bomba itu berkata pihaknya telah mengikuti siri JAKM di negeri-negeri lain sebelum ini antaranya di Terengganu pada 2 hingga 4 Jun lepas.

    “Fire Kitchen Abang Bomba berhasil membuat jualan melebihi 30kg (dalam sehari) pada edisi-edisi (JAKM) lepas,” katanya menambah lapan anggota JBPM Selangor yang terlibat dalam penjualan Fire Truck Abang Bomba.

    Beliau berkata pada masa sama, tujuan mengadakan Fire Kitchen Abang Bomba adalah bagi mempamerkan dapur bergerak JBPM yang digunakan untuk operasi besar-besaran oleh agensi penyelamat itu. Sementara itu, pengunjung R. David, 40, berkata selain harganya murah, kuantiti makanan yang dijual itu juga banyak.

    “Saya memilih mi goreng semarak api dan masakan ‘abang bomba’ memey padu,” kata kakitangan swasta itu. – Bernama

    Trak makanan ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ menjadi tumpuan para pengunjung di dua siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kelantan dan Terengganu dan kini mendapat sambutan hangat semasa edisi Selangor pada Program JAKM 2022 Peringkat Negeri Selangor di Perkarangan Stadium Shah Alam, baru-baru ini. – Bernama

    Abang bomba menyediakan makanan untuk pelanggan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...